Saturday, September 14, 2013

Nana Diaries: Random stuffs with not-so-random people!

Hello and assalamualaikum everyone.

Sebenarnya dari semalam lagi I nak update pasal benda ni tapi tulah. I was so caught up with house cleaning semalam sampai once dah settle semua house work, I pun terus telupa nak update. Heh heh! Fret not, sekarang cheq hupdate naaaaa!

As some may know, walaupun I have friends like all over the place, but I will always have these three people that I can actually be crazy with and at the same have deep heart-to-heart conversation with. Gitusssss! Yela, we've been bestfriends for like what, 10 years now! We basically know each other inside out.

 From left: Myself, Imran, Rasya and budak suka photobomb kat belakang, Afiq!

Anyway, a year ago one of them decided to go to UK sebab nak sambung study. And since then, kiteorang semua ni jarang nau nak berjumpa beramai-ramai. Bukan sombong tak nak jumpa ke ape. (Selalu je jumpa individually). Tapi tulah nak jumpa ramai-ramai kasi havoc satu kedai tu memang dah jarang. Yela, masing masing busy. Ade yang busy study, ade yang busy buat internship and I, I pulak busy dengan business I ke hulu ke hilir. So nak cari mase untuk jumpa lepak sesaje tu memang susah bebeno. Unless ade important events macam birthday or something.

So yea, few days ago (11th) was Imran's birthday and three day before, was Afiq's. Since both their birthdays dekat dekat so we decided to celebrate them sekali. Senang sikit. Plus, since Afiq balik from UK couple of weeks ago, ni lah baru first time I nak jumpa die. Biaselah orang busy nak buat canne. Sedihhhhh!

Konon-konon candid lettew!

Anyw, the plan was to get some lunch dekat OU at 12 tapi we ended up having our lunch at 2.30! Mane taknye! Sorang kena tinggal lah, sorang ade problem kat rumah lah, sorang lambat bangun lah, sorang itu lah  sorang ini lah, last-last I yang jadi driver pi amik sekor sekor kat rumah. Nasib baik I ni baik (gile syok sendiri) and semua rumah dekat dekat. Kalau sorang kat Sungai Buloh, sorang kat Gombak, sorang kat PJ memang tak dapek ah den nak nolong!

So yea, we had our lunch dekat Carls Jr sebab birthday boy nak pi makan burger besaq katenya. Makan makan gelak gelak sembang bergosip bagai, we decided to go for a bowling session. Serious, the last time we went for bowling was like more than a year ago! Mase tu we had sorta like a farewell get together sebab mase tu kawan I nak pi sambung study kat UK. Sekarang he's back, baru kiteorang pi main bowling lagi. Hahhh!

Penat main bowling sampai semua tangan lenguh lenguh, kiteorang pun decided to balik. But that's not the end of our day! Tengah kiteorang semua sibuk memekak terpekik terlolong dalam kete nyanyi lagu "When I Was Your Man" yang on repeat, tetiba one of my friends kate "wei, jom pi makan durian!" Nampak tak kiteorang ni memang suke buat benda benda yang sangat random. Mula-mula, nak pi makan kat area rumah I tapi last last we ended up makan kat tepi jalan dekat rumah kawan I. Makaihhhhh, it was almost 7 pun sempat lagi kite orang nak bantai durian. Nasib baik durian tu tak berapa nak "ummmphhh!" so kiteorang makan due biji je. Kononnye next week nak makan yang dekat area rumah I pulak next week. Nampak tak semua hantu duriannnn! Hahahaha. Lepas makan durian kiteorang pun balik rumah masing-masing. Dan sekali lagi I jadi driver pi hantaq sekor sekor balik. Sampai rumah, mandi mandi I pun terus tidoq sebab penat sangat sampai terlupa nak dinner.Theee enddddd! Heee.


So yea, that's all for now. Nanti I rajin I tulis lagi ehhhhh.
Have a nice day everyone!
Thanks for reading!

3 comments:

  1. Kira reunion lah ni ea.. Sy dah lame jgk tak jumpa member2 lame.

    ReplyDelete
  2. seronok je tgk gambar2 korang..hehe

    ReplyDelete
  3. bahagianya dpt hangput dgn membe2 ;DDD

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)