Tuesday, September 10, 2013

Nana Diaries: Goodbye Shoes!

Hello everyone. Assalamualaikum.

Sebenarnya dah berhari-hari dah I nak tulis pasal benda ni. Tapi tak tahu pasai pa baru hari ni jari-jemari I yang pendek lagi montel ni baru nak rajin bekerja. Takpelah, yang penting I tulis jugak pasal insiden yang bukan sahaja memalukan tapi mengstresskan I jugak hari tu.

This happened last last Sunday. I was supposed to send my maid to the airport sebab die nak balik Indonesia for a few weeks. Since my parents decided to do some shopping afterward, so kami semua pakat pakat pegi ramai-ramai. My parents, adik I dua orang, dengan I.

Biaselah, bile dengar je perkataan shopping, manade hati I melonjak kegembiraan! Manade senyum kambing I sampai ke pipi. So yea, bajet nanti jumpa mamat hot meletop kebabommm I pun siap-siaplah. Tempek makeup sane, tempek makeup sini. Try baju tu, try baju ni. Belek kasut tu, belek kasut ni, akhirnya I pun dah siap. Yelah, kenalah cun melecun. Mane tahu tetibe terjumpa bakal somi kat tepi jalan kan ke tak kelam kabut. Heheeee.

So yea, nak dijadikan cerita, mula-mula I ingat nak pakai kasut raya I. Biaselah, kasut baru mestilah nak pakai selalu. Tetiba I terpandang ade satu kasut yang dah berkurun lamanya I tak pakai. Konon-konon kesianlah kasut tu die nangis-nangis sebab I dah lame tak pakai die, so I pun pakailah.

First few hours tu ok je. Jalan sana jalan sini. Siap boleh pi beli Dunkin Donuts lagi kat LCCT tu. Lapaqlah katekan dari pagi tak makan. So yea, while I was enjoying my donuts tetiba I rase macam pelik je berjalan. Rase macam ade yang tak kena. I pun check lah kasut I takut terbukak tapak die ke hape. I tengok takde pape. Heels tu pun elok je mencucuk lantai yang tak berapa nak putih tu.

I pun jalan selamba dek. Tengah elok cheq control ayu jalan sekali tengok tengok half of tapak kasut I dah tercabut! Ohmagadddd! Nervous breakdown kejap mak kat situ! Emosi emosi. Tapi yang bestnye walaupun tapak kasut I dah hilang, heels die masih lagi tegak berdiri. Yang belah depan je dah hilang. Adik I kate, "jalan jelah tapi slow slow. Afterall heels diekan ade lagi". I pun ikutlah idea adik I yang tak berapa nak bernas tu!

Di mana kan ku cari gantiiiiiii kasut sepertimuuuuu T.T

Hampeh! Baru lima minit kaki I dah sakit. Dah lah sakit, jalan pun lembab kalau lumba dengan kura-kura confirm kura-kura tu yang menang. Last last I gave up. I terus bukak kasut I and I jalan kaki ayam satu LCCT tu. Haaa, lepas je bukak kasut I terus boleh lari. Kalah Usain Bolt youuu! Mase tu dah tak peduli dah, kalau I terlanggar bakal somi I pun (bajet drama lettew) I can only say "this is me. Take it or leave it baby!" Hah. My mum geleng-geleng je tengok I lari-lari satu LCCT kaki ayam. Adik adik I pulak, "dah biase dah. Die memang sengal macam tu".

Anyway, lepas hantar my maid semua we headed to the car. Ayah I cakap takde parking so die tunggu kat luar. So yea, kiteorang pun jalan keluar. Makaihhhh, hujan lah pulok! Sudah jatuh ditimpa tangga pulak I hari tu. Adik I tanya "macam mane awak nak pegi kat kete?" and I replied "larilah takkan berenang kot!" Dengan muka tak boleh blah die cakap "euwwww, disgusting! Lari bare feet dalam hujan! Hahaha"

Yes, I did run in the rain shoeless! Why? Because I'm cool liddat! Ok, abaikan statement tadi! So, sampai je dalam kete I cite kat my parents what actually happened. My dad said "so sekarang baliklah. Tak jadi shopping". Hahhhh, gile mak tak nak shopping! Kalau terpaksa shopping kaki ayam pun mak sanggup nokkk! I said "no no, it's ok. I can manage!" then I terpandang kasut adik I dalam kete! Manade melompat kegembiraan I time tu. I selalu marah adik I sebab die sengaja tinggalkan kasut tu dalam kete sebab die tak suke kasut tu. But that day, I was glad she left it in the car. Kalau tak terpaksa Mak Jemah shopping kaki ayam! So yea, by the end of the day, kasut dah sadaqallahulazim, perut konyang, barang baru pun dapat, senang hati. Yayyyy! Sangat worth it berkaki ayam for few hours. Heheee.

Amik gambaq sat sebelum tapak kasut tanggai!

So yea, that's the story. To my future husband, kalau awak ternampak ade sorang awek cun tapi gile lari lari satu LCCT kaki ayam, tu kite lettew. Harap harap awak dapat terima kite seadanya ehhhh. Hahahaha!

Ok till here for now.
Thanks for reading.
Have a nice day everyone!

2 comments:

  1. Better kaki ayam dari jalan asyik sakit je nanti tak ada feel nak shopping

    ReplyDelete
  2. Oh.. It's you.. hahha..
    X pelik sangat klu perempuan gila dengan kasut sebab lelaki pun sama perangai je cuma dalam konteks yg berbeza,
    Kalau perempuan lebih prihatin kepada kasut jalan2 atau berjimba tapi lelaki lebih kepada kasut sukan. Kasut futsal contohnya, kalau luka sikit pun dah meroyan.. kahh2..

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)