Saturday, January 12, 2013

Nana Diaries: Handmade Bunga Pahar

Hello semua. Assalamualaikum.

Alhamdulillah, I'm getting better today. For the past few days I asyik sakit sakit je. Bukan sakit yang sampai tak mampu nak bergerak semua. Cuma sinus I ni hah, takmo hilang hilang. Stress jugak I dibuatnya. Sampai demam demam I. Batuk, sakit tekak tu tak payah cakap lah.

Semalam I agak sedih sikit. Bukan ape, semalam was one of my closest seniors wedding. I sedih sangat sebab tak dapat pegi. Bukan tak nak pegi tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Plus the wedding took place dekat Cyberjaya. So macam jauh sikit.

Masa mula-mula I dapat invitation tu I was so excited. Terkejut pun ada. Mana taknya, both bride and groom were my seniors masa kat sekolah dulu. I dengan groom tu pulak memang dah rapat sangat. Satu famili I kenal die. From my dad all the way to my youngest sister. Tambahan pulak masa sekolah dulu die ni selalu membuli mental I! Tiap tiap hari die suruh I hafal sifir yang pelik pelik. Sifir 13 la, sifir 17 lah. Kalau I tak ingat habis kecoh satu sekolah. So, bila dengar die dah nak kawin, satu famili I excited!

So yea, walaupun I tak dapat nak pegi wedding senior I tu semalam, somehow I managed to settle some work for cousin's wedding at home yesterday. Seriously kalau orang tengok I dengan cousin I, I rasa semua orang mesti ingat I yang nak kawin bukan die. Mana taknya, I la yang sibuk buat door gifts, I la yang sibuk buat bunga pahar, I la yang sibuk tolong design itu design ini. Semua I. Somehow I enjoy doing it walaupun kadang kadang tu merungut jugak. Heheee.


So yea, people might think kenapa I pulak yang excited lebih. Bukan wedding I pun! But yea, bukan nak bongkak atau takabur but honestly cousin I ni, she's not a creative person. She even said it herself. Katanya "nak ikat satu riben pun 15min. Macam mana nak buat 1000?!" Alhamdulillah walaupun tangan I ni takde la kreatif mana tapi dengan kebolehan yang I ada dapat la I tolong serba serbi. Lagi pun kerja 'office' pun tak berapa nak banyak. So boleh lah nak tolong mana-mana yang mampu.

So far, I dah settlekan 12 kuntum bunga pahar. Auntie I cakap nak 100 kuntum. So, I've 88 more to do! Memang agak rumit sikit kerja die sebab bunga pahar yang ni memang 100% handmade! Maknanye I have to do everything from the very beginning. Cousin I cuma beli bahan-bahan yang diperlukan macam kertas riben macam tu. Tu yang amik masa sikit tu nak siap. Tapi alhamdulillah bile tengok bunga-bunga yang dah siap tu rasa macam terharu pulak. Bangga pun ada sikit. Yela, tak sangka tangan I yang kecik molek ni mampu nak buat bunga bunga macam tu ;)


Sambil sambil buat bunga pahar ni, I dengan maid I tolong jugak cousin I ni buat door gifts. Katanya nak 1000 kotak. So far kiteorang dah berjaya buat 500 kotak. Semuanya dah selamat dibuat and dah bawak balik kampung. So, 500 more to go! Jia you jia you!

Love, Nana

4 comments:

Thank you for your comment :)