Thursday, December 13, 2012

Nana Diaries: Zatie's Wedding.

Semalam semua orang sibuk dengan 121212. 
Ada yang pegi candlelight dinner dengan kekasih. 
Ada yang buat perabih duit bershopping itu ini. 
Ada jugak yang sibuk melangsungkan hari pernikahan.

121212 I biasa je, yet interesting one. Pagi pagi lagi, I dah sibuk menyiapkan kerja kerja yang tergendala. Ni semua gara-gara nak pegi akad nikah atau dalam bahasa omputihnya solemnization girlfriend I, Ladolceizatie. Alhamdulillah, dalam pukul 4 macam tu semua kerja yang patut disettlekan semalam telah pun selamat disettlekan. Mula-mula ingat nak pegi rumah pengantin awal. Yela, mane tahu boleh tolong ape yang patut. Tapi bile I cakap dengan girlfriend I, die cakap nothing much left to do. So datang around 6 o'clock pun takpe.

Memandangkan jam baru pukul 4.30, I've decided to do a simple workout session. Mane taknye, tetiba I terasa macam gemuk. Macam ibu mengandung pun ada jugak. Stressss mak! So yea, nasib baik kat rumah I ada treadmill, so sempatla I berjogging jogging anak for 20minutes. Orang kata biar sekejap dari takde. Kan kan kan!

Anyw, around 5 macam I dah siap siap mandi, pakai baju yang telah di-sponsor oleh pengantin, make up cantik cantik (tak makeup mane pun sebenarnya), pakai wangi wangi, around 6.30 off I go to Gombak. Ingatkan I yang lambat sampai among my friends, sekali tengok I was he first one to arrive. Tapi bagus jugak, tak payah I berebut parking dan menempuh hujan. Hehehe

Duduk duduk, kemas kemas, tolong apa yang patut, it's time for akad nikah. Bukan setakat girlfriend I dengan encik suami je yang nervous, I dengan girlfriends I yang lain pun nervous. Yela, tak sangka kawan I yang duk menjerit melolong mengila sini sana time sekolah dulu dah nak jadi isteri orang. Macam tak percaya jeeee die dah kawin. Whatever it is, I'm happy for her.

Alhamdulillah, around 10pm, Puan Izzatie and Encik Syamsul Asyraf telah pun selamat bergelar suami isteri yang sah. Terharu I tengok. Tetiba I pun terasa macam nak kawin jugak. Boleh tak? Hehehe




The dayangsss

Since 2006 and still standing

With the gorgeous bride


Dearest Zatie and Acap, 
congratulation for your wedding. 
Sorry I tak dapat join this coming Sunday event. 
I hantar wakil jela yeeee. 
All the best you two! 
Cepat cepat dapat baby kiut miut!

5 comments:

Thank you for your comment :)