Sunday, August 26, 2012

Nana Diaries: Selamat Hari Raya!

Hello boys and girls. Assalamualaikum. 
So, macam mana raya korang so far? 
Alhamdulillah raya Cik Nana kali ni agak meriah. 
Meriah macam mana? Haaa, jom baca ni!

MALAM RAYA
Mum: Cepat cepat siap. Lambat betul! Pukul berapa nak sampai ni.
Me: Ye ye ye. Nak siap lah ni. Kenalah bawak blanket kang sejuk menggigil dalam kereta.
Dad: Cepat. Kang jalan jem tak pasal pasal kita raya tepi jalan.
Me: Yeeeee. Dah siap dah! *lari masuk kereta*

Tahun ni, my family decided to balik kampung on malam raya itself. Kononnya nak elak traffic jammed tapi entah macam mane sebelum keluar rumah tu I macam tertengok TV and katanya jalan agak sesak ketika ini. Masa tu rasa scary pun ada jugak. Yela, kampung I bukannya kat Kampung Baru limabelas minit dah sampai. Dekat Kota Bharu kottt! Bunyi 'baru' je yang sama. Distance dia mak haiii, silap hari bulan solat raya tepi jalan lah Cik Nana sekeluarga.

Tapi alhamdulillah, the journey was smooth. No traffic at all. Kiteorang bertolak dalam pukul 10.30pm and alhamdulillah we arrived Kubang Kerian around 4am. Lebih kurang 6 hours je. Tak penah I balik kampung 6 hours. Selalunya paling sekejap pun around 10 hours macam tu.

PAGI RAYA
Mum: Eh, tak mandi lagi ke?
Me: Ehhhhhhhh, dah lama dah mandi. Lepas subuh terus mandi.
Mum: Excited kau nak raya tahun ni.

Rumah nenek I sebelah masjid. So, pagi raya tu kiteorang takdelah kelam kabut sangat nak siap for solat raya. Tapi entah kenapa tahun ni I excited sangat I was the first one yang siap. While waiting others to siap sempat lagi I menghantar message message raya dekat kawan-kawan.

So yea, lepas solat raya it's time to makan! OK, mesti korang macam 'eh, tak bermaaf-maafan ke?' Well, that's the thing about my family. Grandma I ramai gila kawan and sedara mara. Sedara as in sedara mara yang tidak dikenali. And since rumah grandma sebelah masjid, so ni lah tempat pertama yang dieorang attack. So, kiteorang macam tak sempat nak duduk beratur bermaaf-maafan semua. Mana taknya, habis solat raya je rumah dah penuh. Kadang-kadang tu grandma tak balik lagi dieorang dah sampai rumah nak beraya. So yea, sebab tu lah instead of bermaafan session we terus jump to makan session. Bermaafan session tu kiteorang buat sendiri sendiri. Pegi bilik grandma salam grandma. Pegi dapur salam aunties. Pegi living room salam all those unknown people. Pegi sana pegi sini.


Another thing about my family, we have our signature dish and own slots for hari raya. Grandma's signature dish is her Kuzi Ayam and Roti Jala. So, makan sikit dekat grandma's kiteorang pegi dad's step sister's which is 2 minutes away. Two minutes tu walking distance tau! It's time for nasi dagang! Honestly, I'm a fan of nasi dagang. Nasi dagang Kelantan ke Terengganu ke, semua I suka. However, nasi dagang Auntie Sah is my favourite. Well, everyone's favourite kott. Her nasi dagang is a must for every raya. Ada one time tu, Auntie Sah tak buat nasi dagang and everyone was like noooooo, we want nasi dagang! And being her, she actually buat nasi dagang the next day. Happy gila everyone.

Lepas our nasi dagang session, we headed to Cik Ani's, dad's eldest sister and then to Cik Nah's, dad's other sister. Menu dekat my two aunties ni almost the same. Nasi dagang and satay. Selalunya, masa ni I dah tak larat nak makan sebab dah makan banyak gila dekat Auntie Sah's. However, this year I've decided to eat less. So, at Cik Ani's I ate satay and Cik Nah's I had nasi dagang AGAIN! Orang lain dah tak boleh nak makan dah tapi I relax je makan macam tadi tak makan apape. Banyak gila Cik Nana makan -.-

Disebabkan dah kenyang dan kepenatan, we headed home. It's time to berehat tido tido dulu. Later in the evening, we went to Su Dah & Ayah Su's. Su Dah is grandma's youngest sister. So, kira macam grandma jugak lah Su Dah ni. Menu dekat Su Dah's ni macam pelik sikit. Orang lain semua nasi dagang lah, satay lah, kuzi lah, ketupat lemang rendang lah, but Su Dah's menu ialah satay and air kelapa and fruits. Lots and lots of fruits! Manggis, rambutan, salak and my favourite durian!

OMG, I'm a really big huge gigantic fan of durian! Kalau boleh tiap-tiap hari I nak makan durian. Luckily, Ayah Su ada dusun durian and he knows that I love durian, so everytime I ada dekat rumah grandma mesti dia hantar durian. Siap tolong bukak lagi. And he also knows that my youngest sister suka minum air kelapa, tiap-tiap hari dia hantar air kelapa fresh. Nikmat alhamdulillah!

So yea, lepas makan fruits at Su Dah's we headed home. Remember I told you earlier yang rumah Auntie Sah is like 2 minutes away kalau walking distance? Well, Su Dah's is 2 minutes away but driving distance :) Senang sikit kalau rumah dekat dekat ni. Jimat masa dah kos =P

So yea, that's my DAY ONE. 
InshaAllah, I'll write about the rest of my raya again soon. 
Thanks for reading loves :)


4 comments:

  1. Seronoknya... Nurrul pun dapat makan nasi dagang rtuh... seronok gilak ! ^^

    ReplyDelete
  2. wahhh meriah raye first dia ;)

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)