Tuesday, April 24, 2012

Nana Diaries: Happy Awesome Day!

Hello all. Assalamualaikum and good morning.

It has been five days since I last posted in this awesome blog of mine. Hikhik. 
Amboi, awesome sangat ke blog awak ni Cik Nana oii. 
Whatever it is, hari ni Cik Nana nak bercerita tentang jengjengjeng .... 
MY AWESOME DAY!

Well, to be honest, tiap-tiap hari merupakan hari yang awesome bagi Cik Nana. Kecuali pada hari-hari yang tak berapa nak awesome lah. Say whattttt?! Ok, abaikan statement tadi. Itu ayat orang gila namanya. So yea, kalau korang nak tahu Cik Nana ini merupakan seorang manusia yang suka cakap dan buat sesomething yang random. Contohnya macam semalam. Apakah semalam????

Well, mengikut rutin mingguan biasa Cik Nana, setiap Isnin malam Cik Nana sekeluarga akan ke Ampang untuk menghadiri sesi pengajian tafsir. Ye betul tak tipu. Seriously, kalau dulu tiap-tiap kali Cik Mama ajak pegi kelas mengaji (bukan kelas baca Quran, Iqra tu tau. Ni kelas mengaji fiqh, tafsir semua tu ok!) ada je alasan yang nak diberi. Sakit perut la, kerja tak siap la, blablabla. Tapi sekarang alhamdulillah dah tak malas. Excited lagi ade lah kottt! Mungkin sebab rindu environment dalam class kot. Dan ustaz tu mengingatkan Cik Nana pada ustaz Bahasa Arab Cik Nana masa zaman sekolah dulu yang suka belanja Cik Nana dan bestfriends makan laksam time bulan pose :P

So yea, back to the story. Seperti biasa lah, Cik Nana ni kalau lalu depan kedai-kedai yang menjual makanan mesti nak singgah. Dah macam menjadi satu kemestian pulok. Oh FYI, tempat Cik Nana mengaji tu dikelilingi oleh kedai makanan. Cakap je nak ape semua hade! So yea, selalunya Cik Nana beserta Encik Adik akan singgah Tutti Frutti tapi semalam kami tukar citarasa sikit. Instead of melompat gembira masuk Tutti Frutti, Cik Nana melangkah masuk Pistachio bakery dan terus menuju ke arah icecream cake. OH WOW SAYA LAPAR SUDAH! Orang selalunya beli cake (bukan yang kecik comel tu) bila ada something to celebrate. Birthday ke anniversary ke blablabla. So yea, disebabkan semalam Cik Nana tetibe rasa seperti mahu makan cake, terus Cik Nana beli tanpa memikirkan tujuan dan siapa nak makan cake yang gajah tu. Tak main lah yang kecik kecik tu ok!

Kakak Pistachio: nak tulis apa ni dik?
Cik Nana: Nak tulis ape?! Hmmmm ...

Tadaaaaaa~

Ok, disebabkan Cik Nana taktahu nak tulis ape atas cake tu, Cik Nana tulis HAPPY AWESOME DAY! je (nasib baik tak tulis Happy Hunger Games. LOL) How random is that?! Kakak Pistachio tu pun tergelak baca. Heh heh! Cik Mama dan Encik Daddy pun dah naik pelik melihat gelagat Cik Nana. Gile ghupenya anak aku ni!

Well, that's all for now. See you soon. xox.

2 comments:

  1. hehehehehehe ngok ngek nana :D

    Happy awesome day to you! :*

    ReplyDelete
  2. hahaha! thanks babe. Happy awesome day to you too <3

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)