Wednesday, March 28, 2012

Nana Diaries: Happy Hunger Games!

Hello my beloved readers (ada readers kah?) 
Assalamualaikum and a very good morning.

Haa, hari ni tak sempat subuh lagi Cik Nana dah bangun. Almaklumlah semalam tidur awal (Awal kah?) So yea, walaupun bumi Melawati pada ketika ini sedang hujan dan ianya membuatkan Cik Nana sangat sleepy tapi somehow Cik Nana malas pulak nak sambung tidur. Yela, bak kata orang tua nanti rezeki tak masuk. Cik Nana yang agak tak berapa nak lurus otak ni pun siap bukak tingkap besar besar lagi. Kelass kau Nana! Anyw, sebelum pegi class, Cik Nana update blog dulu ye. Jangan mareee :D

So yea, semalam merupa hari yang sangat tidak produktif. Cik Nana tak sentuh langsung assignments ke homework ke. Semua lah! Pada mulanya semangat nak buat assignment tu memang berkobar-kobar, tapi bila jumpa je Encik Google terus buat benda lain. Ish ish ish, berat sungguh dugaan, banyak sungguh halangan. So yea, while I was enjoying my googling session, tibe tibe Si Kakak Sedara telah menghantar satu pesanan ringkas atau lebih dikenali dengan SMS.

dia: Awak tengah buat ape? Saya bosan. Jom habis kan duit?
saya: saya tengah konon konon nak buat assignment. Tapi duit saya dah lame habis :P Nak pegi mane?
dia: Mane-mane la. Jusco pun boleh. Tengok movie ke?
saya: Oh wow! Hunger Games jom!!!!

Ya ampun, satu lagi halangan. Tengah Cik Nana ni bersemangat nak buat assignment lah makcik ni ajak tengok movie la, pegi shopping la. Hadoiii~ So yea, around 11, Cik Nana dan Si Kakak Sedara pun bergerak ke Wangsa Walk (kami malas nak pegi jauh-jauh. Banyak pakai duit katanya). Alhamdulillah, tickets untuk Hunger Games masih ade. Berjuta pulak tu! So yea, kami dengan gembiranya membeli ticket sorang satu walaupun duit dalam purse masing2 cuma ade sepuluh hengget je.

Terima kasih PakCik Google!

Ada apa dengan Hunger Games? Ade orang kata cerita die best gilerz (sila sebut betul betul, GILERZ). Ade orang kate bosan. Ade orang kate tak paham! So yea, bagi Cik Nana cerita die agak menarik jugak la cuma ada some part of the story yang agak draggy. Tapi overall, Cik Nana suka! Berbaloi lah bayar sembilan hengget dan menghabiskan masa 2jam setengah dalam cinema tu :D Kepada yang masih belum menonton, sila sila lah ke pawagam yang berdekatan ye. Tapi kalau anda rasa tak berbaloi, download je. Tak pun tengok online. Jangan beli yang cetak rompak. Membaziaq! Kalau orang lain beli takpe :P Hikhik!


So yea, sampai disini saja bebelan Cik Nana di pagi yang hening dan sunyi sepi ini. 
Semoga kita bertemu lagi. Adios kengkawanku! xox

PS: Maaf jikalau entry kali ini panjang berjela-jela :P

Extra pictures for today yaw!
My new shoes! Mum is so gonna kill me if she finds out about this!

My task for cousin's wedding! 1000 pulak tu. Pengsan -.-

9 comments:

  1. salam pekenalan dari umi ..

    hihi dugaan ketika study ..kalu tak mood nak buat kerja ..umi pun mcm ni ..nak jalan2 hahaha ..

    hrmm movie ni ..ramai dah becerita ..inginjugak nak tengok :)

    ReplyDelete
  2. ryn nak tengokk tapi still takde mase :(

    ReplyDelete
  3. waa ! nk tgk hunger games !

    ReplyDelete
  4. citer tu best...rugi sapa yg tak tgk.... nana u amik tempahan buat gift utk wedding ke? cantik sgt... ;D

    ReplyDelete
  5. huhuhu saya pun bru tengok hunger game.. bgus tau crita tu.. perasan tak yang game tu dicontrol untuk dapatkan perhatian penonton.. dan perasaan tak dgn realiti ada badan2 autoriti yang kawal kita.. kita ni dah mcm dlm game tu je.. sbnrnya.. in real life.. cuma x sampai nak berbunuh je lagi.. tpi.. dah strt ada di negara2 tertentu.. :)

    ReplyDelete
  6. kasut tu cantek! ;)

    ReplyDelete
  7. is a great mvie.rin sukaa :) nw,in process nk crik nvel dia plak.sbb ending mcm tergantung kan :)

    ReplyDelete
  8. @umi: hi umi! selamat menonton :)

    @eyryn & teha: pegi la tengok. BESTTT!

    @klik fesyen: Takde pun. Tolong cousin je :P

    @syahmi: hmmmm ... somehow macam boleh relate la sikit2 :P

    @saharina: my friend cakap novel die lagi best. Taktahu la x bace lagi :P

    ReplyDelete

Thank you for your comment :)