Thursday, August 25, 2011

Nana Diaries: Eh, dah nak raya lah!

Hello everyone. Assalamualaikum.
Puasa tak hari ni? Puasa, bagus bagus. Alhamdulillah.

So yeah, it has been two weeks since I lasted posted in this blog of mine. Bukan tak nak update ye cuma I've been busy with my work, raya preparation and all. But most of the time I was in the office finishing my work yang setinggi gunung Everest tu. Alhamdulillah, semalam dapat jugak Cik Nana siapkan semua. Thanks to my colleague yang  sudi membantu *hugs

Anyw, how's your raya preparation? Wah, pejam celik pejam celik next week dah nak raya kan. Woot woot! Tak sabar rasenye :) So amacam, dah beli baju raya? Kasut raya? Ladies, handbag raya dah beli? Kuih raya dah habis buat? Alhamdulillah, dalam busy busy Cik Nana ni dari Isnin sampai Jumaat, dari pagi sampai malam duk kat office tu, Cik Nana berjaya juga menyediakan tiga pasang baju kurung. Ok, perkataan menyediakan tu macam lah Cik Nana yang menjahit. Oh tidak. Baju raya tu Cik Nana tempah and beli siap je ok. Cik Nana nak menjahit?! Kalau setakat nak jahit butang tu pass lah kott. Nak buat baju kurung sendiri  tu esok lusa lah belajar =P

So yeah, as I mentioned earlier, Cik Nana ni sepanjang bulan puasa ni asyik duduk mengadap PC kat office je. Sampai berbuka pun dengan PC. Sedih tak sedih? Kalau nak kire lah, tahun ni Cik Nana jarang dapat berbuka kat rumah dengan keluarga. Almaklumlah, orang dah bekerjaya sekarang (macamlah kerja kau power power Nana). Kalau nak berbuka dengan keluarga pun susah, nak berbuka dengan kengkawan lagi lah! Whatever it is, seperti tahun tahun sebelum ni, this year Cik Nana dapat jugak berbuka dengan my loved ones. Alhamdulillah. Tapi kengkawan yang lain yang duk ajak berbuka semua tu mintak maaflah ye. Bukan sombong cuma diri ini busy. Harap memahami. Nanti raya kita jumpa!

Akhir kata ...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 
Maaf zahir dan batin :)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :)